aku pon nk msk tido la.....gudnite my dear & kwn2 smue.....smoga tido yg lena & mimpi yg indah2......ayg rndu n syg sgt2 kat b......gudnite syg....
pic b yg mase ble ntah...sje je letak utk pengubat rndu...hehehe
Melangkah ke tahun baru tidaklah menggembirakan aku
Pertama kali aku menjejakkan kaki di sini
Ingin rasanya aku lari untuk memutar kembali waktu
Namun ku tahu siapalah aku
aku pasrah...aku terima segalanya
Setiap kesedihan bertukar menjadi kegembiraan
Julai 2007...
Aku semakin sedar
Bahawa kegembiraan berada di mana-mana
Teman-teman dan suasana baru
Semakin serasi dengan diriku
Tahun ini aku harungi dengan penuh warna-warni
Dua tahun lagi akan aku gagahi
Januari 2008...
Aku sangka panas hingga ke petang
Tapi rupa-rupanya hujan di tengahari
Perhubungan aku dengan seorang teman
Akhirnya berlaku pertelingkahan ditengah jalan
Hidup aku perlu diteruskan
Julai 2008...
Aku teruskan hidup dengan sokongan keluarga
Segala dugaan dan cubaan aku tempuhi dengan tenang
Semuanya menjadi satu pengajaran
Untuk aku terus berdiri di sini
Januari 2009...
Segalanya terus berlalu tanpa aku sedari
Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya
Yang baik akan ku jadikan panduan
Dan yang buruk akan ku jadikan telakan
Semoga semuanya menjadi pengajaran buat diriku
Julai 2009...
Tidak aku duga segalanya akan berakhir
Setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan
Terima kasih teman-teman atas kegembiraan ini
Semoga aku tahu menghargainya
Akan ku abadikan kenangan pahit manisku
Biar menjadi sejarah dalam hidupku...